Kali ini aku akan tunjukkan panduan atau cara-cara untuk edit gambar dengan menggunakan software Picasa dari Google (free untuk Windows dan Linux). Kalau anda belum mempunyai software Picasa ini, anda boleh download di http://picasa.google.com/ dan install dalam pc anda.
Dalam post ni, aku akan khususkan cara untuk Crop Image atau dalam bahasa Malaysia "membuang lebihan gambar yang tidak diperlukan". Heheh... betul ke tidak terjemahan aku.
OK.... Software Picasa adalah satu application yang sangat mudah digunakan untuk membuat basic image/photo atau picture editing tanpa perlu menggunakan advance application seperti Photoshop atau GIMP. Picasa juga sesuai digunakan untuk manage koleksi gambar (Image browser) yang ada dalam pc anda dan link ke Picasa Web Album (menyimpan gambar online free). Juga boleh dijadikan sebagai Images Viewer yang sangat bagus menggantikan default image viewer dalam windows yang sangat teruk.
Berbalik kepada cara untuk crop image, bagi kebanyakan orang crop gambar ini adalah perkara biasa yang sangat senang tapi tidak bagi sesetengah orang yang tidak berpengalaman. Contohnya baru-baru ini ada seorang kawan ditempat kerja yang baru beli laptop merungut sebab gambar anak dia yang dijadikan wallpaper nampak kembang ke kiri dan kanan.
So... aku beritahu gambar yang kita ambil menggunakan kamera, berukuran nisbah 4:3 tetapi screen laptop (widescreen) berukuran 16:9. Jadi bila set sebagai wallpaper, gambar akan stretch ke kiri dan kanan. Untuk mengelak ini berlaku, kita perlu "Crop" bahagian atas dan bawah gambar tersebut.
Seperti contoh wallpaper Pirates of the Caribbean dibawah yang kembang dan hodoh bila stretch:
Panduan Crop Image:
1. Buka software Picasa yang telah di install dan cari gambar yang akan di edit. Select "Crop" button yang berada di sebelah kiri.
2. Bila crop photo menu dibuka, tukar option dari "4:3 Standard screen" kepada "16:9 HDTV".
3. Seterusnya anda akan nampak dekat gambar anda terbentuk satu frame yang bahagian atas dan bawah menjadi blur iaitu bahagian yang akan dibuang. Klik dan drag ke atas atau bawah atas gambar untuk adjust bahagian yang akan dibuang. Kemudian klik "Apply".
4. Untuk set sebagai wallpaper, select Create > Set as Desktop..
5. Hasilnya, gambar yang perfect sebagai wallpaper.
Ok...sampai sini saja.......Adiosss
0 Responses to "Panduan Edit Gambar Dgn Software Picasa - Crop Images"
Post a Comment