Kali ini aku akan tunjukkan projek aku menukar cpu cooler atau heatsink fan (hsf) processor aku.
Bagi sesiapa yang tak tahu, fungsi cpu cooler ialah untuk menyejukkan processor dimana heatsink yang diperbuat dari aluminum atau cooper berfungsi menyerap haba dari permukaan processor dan fan atau kipasnya berfungsi menghembus ke sirip2 heatsink untuk menyejukkannya.
Apa problem nih?
Problem aku waktu mula2 aku setup pc baru lebih kurang awal tahun 2009 ialah temperature high atau suhu processor tinggi. Gambar kat bawah tu menunjukkan temperature CPU system aku.
Bila system stress (cpu usage 100%) hanya 3 minit, temperature naik dari 49 ke 61°C.
Maknanya kalau aku main games atau guna application yang berat-berat, system aku mungkin akan “Hang” atau shutdown dengan sendiri. Untuk pengetahuan maximum temperature CPU aku (AMD X2 7750) ialah 73°C.
Pasai apa temperature processor tinggi?
Sebab utama ialah heatsink dan fan (cpu cooler atau HSF).
Kebiasaannya cpu cooler yg datang dengan processor berkualiti rendah iaitu hanya block aluminum dan fan sebesar 70mm.
So…aku akan tukar cpu cooler ni………………….
Problem Solutions!!!!
Yeap! cpu cooler dari Xigmatek, company yg berpengalaman dalam pc cooling system selain Cooler Master, ThermalRight, ThermalTake, Zalman, Arctic Cooling, Sunbeam dan banyak lagi.
Xigmatek HDT-SD964 mempunyai 4 batang Heatpipe Direct Touch yang diperbuat dari cooper (pengalir
haba yang bagus), fin nipis aluminum untuk mengurangkan berat dan fan 92mm (air flow 39 ~ 54.6 cfm)
Uninstall Heatsink from Processor
Sebelum install heatsink baru….heatsink lama kena bukak dulu.
Tak susah sangat, cuma bukak clip dan angkat heatsink tapi kena hati-hati pasal ianya agak melekat dengan processor disebabkan thermal paste antara processor dan heatsink.
Proses Membersih Processor
Jangan lupa bersihkan processor dari sisa-sisa thermal paste lama.
Isopropyl alcohol and lint free cloth recommended
Proses Pemasangan Heatsink Baru
Sebelum pasang heatsink jangan lupa sapukan thermal paste atas processor dan heatsink.
Thermal paste sangat penting untuk mengisi ruang antara processor dan heatsink supaya pengaliran haba lebih efficient.
Aku guna thermal paste Cooler Master high performance. Lagi bagus kalau guna Tunic TX-2 atau Arctic
Cooling MX2 (temperature boleh drop lagi 3~5°C)
Pemeriksaan terakhir….
Pastikan heatsink dan fan berada dalam kedudukan yang betul dan clip heatsink dipasang.
Jangan lupa connect fan power pin.
Ok dah siap. Boleh try power on………
Test run and Result with Xigmatek HDT-SD964
Pergh!! tengok sendiri la perbezaan sebelum dan selepas…memang banyak beza
Conclusions
Memang puas hati… lepas ni kalau nak on pc 24 jam pun boleh
Nak main game sampai muntah pun boleh.
So…thats it……..adiosss
Senarai Produk dari Mayang Beauty Shop
-
[image: collage-dcl-mayang-beauty-shop-01]
- Red Guara Cafe (Kopi Guara) - DCL
- Susu Koles-Gen - DCL
- Bidadari - DCL
- Stoking Bertenaga...
0 Responses to "Projek Tukar CPU Cooler (Heatsink Fan) Untuk Kurangkan Temperature Processor PC"
Post a Comment