Terbaru - Linux Mint 8 Helena OS Released



Versi terbaru Linux Mint 8 Helena telah keluar pada 28 November 2009 dan anda boleh download secara percuma di http://www.linuxmint.com/download.php

Kepada sesiapa yang tidak tahu, Linux Mint adalah Operating System atau OS untuk personal computer sama seperti Windows, Ubuntu dan lain2.




Linux Mint pada asasnya adalah berasal dari Ubuntu dan compatible dengan repository Ubuntu. Tetapi kelebihannya Linux Mint berfungsi "Out of the box". Maksudnya anda terus boleh menggunakannya selepas install tanpa perlu installation tambahan seperti Media Codec dan lain2.

Linux Mint adalah sangat sesuai kepada sesiapa yang baru berhijrah dari Windows dan menceburkan diri dalam dunia Linux macam aku nih. Tak payah pening2 kepala... cuma install dan guna.

Secara peribadi aku belum lagi cuba Linux Mint 8 tetapi dah pernah guna version sebelum ni iaitu Linux Mint 7 Gloria. Pendapat aku memang bagus, stabil dan mudah.

Kalau nak tau lebih lanjut, pergi ke http://www.linuxmint.com/

0 Responses to "Terbaru - Linux Mint 8 Helena OS Released"