Selepas Install Ubuntu 9.10 - Apa perkara penting perlu dilakukan



Ok....korang dah install OS release terbaru dari Ubuntu iaitu Ubuntu 9.10 Karmic Kaola dan korang terus nak tengok video atau dengar mp3 ataupun bukak browser Firefox dengan harapan nak layan Youtube...

Tapi..... " Arghh!! apahal tak leh tengok video, takleh dengar mp3 dan takleh layan Youtube???". Ini selalunya akan terjadi kepada newbie yang tak pernah guna Ubuntu.

Tetapi jangan risau.... ini semua senang saja, teruskan membaca. Lepas ni Ubuntu korang akan menjadi lebih power. Satu benda yang kena tahu, Ubuntu mengamalkan prinsip Open Source dan tidak akan sertakan dalam distributionnya software, codec atau driver yang Closed Source atau lebih dikenali sebagai Proprietary Software. Jika perlu kita boleh install semua itu kemudian.

Ok..jangan buang masa, aku akan senaraikan benda atau perkara penting yang perlu kita tahu dan perlu dibuat selepas install Ubuntu 9.10 Karmic Kaola. Kita start dari benda penting pertama...

1. Internet connection

Pastikan internet connection korang ok. Takdak internet connection apa benda pun tak jadi.

2. Terminal : Applications > Accessories > Terminal



Terminal ni lebih kurang macam DOS dalam windows tapi jauh lebih power. Jangan takut.... terminal akan menjadi sahabat baik korang dalam Ubuntu ni. Kebanyakkan panduan install adalah melalui terminal kerana lebih cepat.

3. Ubuntu Software Center : Applications >  Ubuntu Software Center




Ubuntu Software Center adalah graphical utility untuk package management dalam Ubuntu dan berfungsi sebagai Add/Remove software and application. Korang boleh browse, search dan install beribu-ribu free application melalui Ubuntu Software Center.

4. Update Manager : System > Administration > Update Manager

Update system, security patch, dan application kepada yang terbaru secara automatik.

5. Ubuntu-Restricted-Extras

Untuk membolehkan korang dengar lagu, tengok video, layan Youtube dan browsing sesetengah website dengan sempurna, korang kena install Codecs, Flash dan Microsoft Font.

Cara install:
  • Buka Ubuntu Software Centre
  • Search "Ubuntu Restricted Extras"
  • Click install



Atau melalui Terminal, copy dan paste command dibawah, Enter dan masukkan password anda:
sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

6. DVD playback

Kebanyakkan DVD telah di encrypted dan menghalang software dalam komputer memainkan DVD tersebut. Jadi korang perlu install  libdvdread4 package.

Cara install:

Melalui Terminal, copy dan paste command dibawah, Enter dan masukkan password anda:
sudo apt-get install libdvdread4
Kemudian:
sudo /usr/share/doc/libdvdread4/install-css.sh
7. Install Video Graphic Card driver

Tersangat mudah untuk install graphic card driver. Cuma "Right Click Mouse" atas desktop dan select "Change Desktop Background".



"Appearance Preference" window akan dibuka dan select "Visual Effects" tab. Tukar dari "None" kepada "Normal" atau "Extra". Graphic card driver anda akan di install secara automatic.




Ok... senang saja kan.

8. Enable Compiz Desktop Effects

Compiz Fusion adalah eye candy untuk kebanyakkan Linux desktop yang sangat power melebihi Aero dalam Windows Vista dan Windows 7. Bagi aku benda ni wajib untuk pengguna Ubuntu, kalau tak boring gilerr.

Nak tahu apa Compiz boleh buat, rujuk post ni:
Compiz Fusion Eye Candy Desktop Effect Ubuntu 9.10 Karmic Kaola

Compiz ni dah pun enable sewaktu kita lakukan process install graphic card driver di atas. Tapi untuk fully customise, ada dua application yg perlu di install iaitu Advance Desktop Effects Settings (ccsm) dan Simple CompizConfig Settings Manager.

Cara install:
  • Buka Ubuntu Software Centre
  • Search "ccsm"
  • Click install "Advance Desktop Effects Settings (ccsm)"
  • dan  "Simple CompizConfig Settings Manager"


Ok...korang dah boleh start customize Compiz desktop korang

9. Tukar Desktop Theme

Default theme yang datang dengan Ubuntu 9.10 bagi aku agak boring. Korang boleh tukar theme dengan "Right Click" atas desktop dan select "Change Desktop Background". "Appearance Preference" window akan dibuka dan select "Theme" tab. Select theme yang korang suka dan theme akan bertukar serta merta. Jangan lupa tukar "Background" ataupun lebih dikenali sebagai wallpaper.




Korang boleh dapatkan banyak themes dari http://gnome-look.org/ . Download GTK 2.x themes yang korang suka.

Last sekali

Udah-udah la tu...nanti pulak. Aku tau memang gian rasa bila customize Ubuntu ni. Tapi jangan lupa Enjoyyyyyy....

2 Responses to "Selepas Install Ubuntu 9.10 - Apa perkara penting perlu dilakukan"

  1. gravatar budakbaru

    tq...boleh buat rujukan

  2. no problem....artikel ni untuk rujukan aku gak ;-)